Tidak ramai yang mahir dan tahu cara memilih ikan yang
benar-benar segar di pasar atau pasaraya. Bagaimana cara untuk membezakan ikan
yang segar dengan yang tidak segar? Jom ikuti beberapa cara sebagai panduan
untuk memilih ikan segar.
Bau
Perkara pertama apabila membeli ikanadalah menyemak bau ikan
yang ingin dibeli. Jika aromanya tidak meloyakan, bermaksud ikan itu segar.
Tetapi jika sudah berbau busuk dan hanyir, itu adalah petanda ikan itu sudah
tidak segar.
Mata
Selain itu, lihatlah mata ikan kerana mata ikan yang segar
jernih, terang dan cembung. Manakala ikan yang tidak segar pula matanya suram,
merah dan tenggelam.
Kulit dan sisik
Ikan yang segar mempunyai kulit yang cerah berkilat dan
sisik yang melekat kuat. Manakala ikan yang tidak segar kulitnya pudar dan
mempunyai sisik yang kusam dan mudah tertanggal.
Isi
Ikan yang segar, isi atau dagingnya apabila ditekan akan
terasa keras dan ia akan menganjal kembali ke keadaan asal. Jika isi atau
daging ikan lembik dan lembut, maka ikan itu sudah tidak segar.
Insang
Satu lagi cara untuk mengesan ikan itu segar adalah dengan
melihat insang ikan tersebut. cerahIni adalah cara yang paling biasa dilakukan
apabila memilih ikan. Ikan yang segar insangnya bersih dan berwarna merah cerah
manakala ikan yang tidak segar pula mempunyai insang berwarna kelabu atau
coklat dan berlendir.
No comments:
Post a Comment