Gara-gara membatalkan janji temu vaksinasi disaat akhir
kerana memilih jenis vaksin Pfizer, nama selebriti popular Ifa Raziah hangat
menjadi bualan netizen.
Walau bagaimanapun, Ifa menerusi laman sosial TikTok
menafikan tindakannya berbuat demikian tiada kaitan dengan dakwaan memilih
vaksin.
Jelas Ifa, dia terpaksa membatalkan niat untuk mengambil
vaksin disebabkan kekeliruan dan salah faham yang berlaku di Pusat Pemberian
Vaksin (PPV) di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC).
“Miss Diva terpaksa batalkan vaksin kerana tidak dapat
suntikan Pfizer di MITEC. Bukannya mengada-ngada tak mahu ambil vaksin,”
tulisnya.
Sementara itu, menerusi hantaran lain di Instagram miliknya.
Ifa atau Saripah Raziah Mustapha memberitahu dia bukan sengaja mahu berkelakuan
sedemikian, tetapi dia merasakan vaksin Pfizer lebih sesuai untuk dirinya yang
mempunyai masalah kesihatan.
“Itu hak kita nak ambil atau tak walaupun sudah disediakan
oleh kerajaan Malaysia di dalam aplikasi MySejahtera.
“Cuma, setahu saya kalau di MITEC, mereka akan bekalkan
penerima dengan vaksin Pfizer. Tapi, jadi lain pula apabila saya nak Pfizer dan
diberi Sinovac.
‘Bukan nak kata vaksin lain tu tak okey dan Pfizer saja yang
paling bagus. Tapi untuk kes macam saya ni, penyakit yang saya ada, cuma Pfizer
sahaja yang sesuai,” kata Ifa.
Walau bagaimanapun, Ifa tidak mendedahkan jenis penyakit
yang dihidapinya dan juga menunjukkan sepucuk surat sebagai rujukan untuk
mendapatkan vaksin yang bersesuaian sahaja.
Tambahnya, ia bukan soal melancong ke luar negara ataupun
kualiti vaksin yang berbeza namun keadaan kesihatannya yang memaksa untuk
beliau mendapatkan vaksin jenis itu.
“Ini bukan soal nak ke luar negara ke apa. Sama sekali
tidak. Kalau cucuk 10 dos Pfizer sekali pun, bukan boleh terbang dan pergi luar
negara sekarang pun.
“Kalau saya nak pilih Pfizer ke Sinovac ke, tak salah kan?
Bukannya saya minta dadah!.
“Yang penting saya nak ambil vaksin bukannya nak menghasut orang lain jangan ambil vaksin,”ujar Ifa.
No comments:
Post a Comment