Dalam satu hantaran di Instagram miliknya, Zizan mendedahkan
sudah memaklumkan perkara tersebut kepada pihak penganjur.
"Seiring usia dalam bidang seni, Zizan mengambil
keputusan untuk menarik diri dari sebarang pencalonan ABPBH.
"Zizan percaya ABPBH kali ini harus diraikan kepada
bakat-bakat baharu yang bertanding. Hal ini telah dimaklumkan kepada pihak
penganjur," kata Zizan.
Walaupun sudah menarik diri, Zizan akan terus menyokong ABPBH dan turut berterima kasih kepada peminat yang sentiasa memberi sokongan dan mengundi dirinya setiap kali dicalonkan.
“ABPBH antara majlis anugerah yang banyak memberi pengkitirafan
kepada nama-nama besar dalam industri hiburan Malaysia.
“Sejujurnya, ia adalah anugerah yang mendekatkan Zizan
dengan para peminat. Di situlah kami berkumpul dan mengenali antara satu sama
lain. Semua mencatat momen manis!
“Terima kasih kepada pihak penganjur yang saban tahun
mencalonkan Zizan dan terutamanya peminat yang mengundi. Zizan akan terus
menyokong ABPBH dari luar gelanggang. All the best kepada semua calon!,"
kata Zizan.
Zizan sebelum ini pernah beberapa kali memenangi anugerah di
pentas ABPBH, kali terakhir dia membawa pulang trofi Artis Komedi Popular
ABPBH32 pada tahun 2019.
No comments:
Post a Comment