Post Top Ad

26.8.22

Ira Kazar Bakal Ditahan JAWI?


Individu yang didakwa mengganggu rumah tangga pelakon Puteri Sarah dan suaminya yang juga pengarah, Syamsul Yusof iaitu Ira Kazar difahamkan akan ditahan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi).


Memetik laporan portal Harian Metro, sumber mengatakan tindakan itu dibuat selepas Ira yang juga anak kepada pelakon veteran Kazar itu dipanggil bagi membantu siasatan berhubung tindakan saman yang difailkan Puteri Sarah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur dan dua aduan di pejabat agama terhadap wanita itu pada 18 Ogos lalu.


Ira disiasat berdasarkan Seksyen 38 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997. Ia berkaitan menghasut suami atau isteri supaya bercerai atau mengabaikan kewajipan.


Ia membabitkan mana-mana orang yang menghasut, memaksa atau memujuk mana-mana orang lelaki atau orang perempuan supaya bercerai atau mengabaikan kewajipan dan tanggungjawabnya sebagai suami atau isteri adalah melakukan suatu kesalahan.


Jika disabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM5,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.


Terdahulu, Pengarah Jawi, Datuk Mohd Ajib Ismail mengesahkan Ira Kazar hadir memberi keterangan berhubung gangguan orang ketiga dalam rumah tangga pada 20 Ogos lalu.


Sumber: HMetro



August 26, 2022 / by / 0 Comments

No comments:

Post a Comment

Post Top Ad