Post Top Ad

26.8.22

“Kenapa Nak Sorok? Keluar Rumah Orang Tetap Akan Nampak” – Mira Filzah



Pelakon dan pengacara popular, Mira Filzah berkata dia tiada masalah untuk berkongsikan wajah anak lelakinya Wan Khair Amir yang kini berusia tiga bulan kepada umum.

 

Memetik laporan Harian Metro, Mira berkata dia akan berkongsikan wajah anaknya itu apabila tiba masanya nanti dan tiada sebab untuk sorok wajah anaknya kerana orang pasti akan melihat jika mereka berada di luar.

 

“Kenapa nak sorok? Kalau kita keluar rumah nanti, orang tetap akan nampak,” katanya.


Mira yang baharu  membuka akaun Instagram untuk anak sulungnya itu juga tidak menyangka akaun Instagram anaknya itu kini sudah mencecah 50,000 pengikut meskipun hanya ada sekeping gambar sahaja.

 

“Buat masa ini, akaun itu tidak aktif pun dan cuma ada sekeping gambar. Saya saja buat dulu sebelum ada orang lain menggunakan nama Wan Khair Amir.

 

“Insya-Allah apabila ada gambar bayi kami yang sesuai, kami kongsikan di situ. Saya tidak ada masalah untuk tunjuk wajah anak tetapi sebelum buat sebarang keputusan saya perlu berbincang dengan suami. Kalau sudah tiba waktu yang sesuai, kami akan paparkan wajahnya di Instagram,” katanya.

 

Mira dan Wan Emir Astar mendirikan rumah tangga pada tanggal 2 September 2020. Pasangan itu dikurniakan cahaya mata lelaki pada 9 Syawal lalu.

 

Sumber: Hmetro


August 26, 2022 / by / 0 Comments

No comments:

Post a Comment

Post Top Ad