Post Top Ad

29.9.22

“Tugas Kami Hanya Buat Persembahan & Menyanyi”- Sabronzo ‘Kunci Mulut’ Isu Imej Seksi Dolla



Salah seorang ahli kumpulan Dolla iaitu Sabronzo memberitahu dia terpaksa mengunci mulut mengenai isu penampilan seksi mereka ketika membuat persembahan di festival muzik, Good Vibes Weekender baru-baru ini.

Memetik laporan Gempak, Sabronzo atau nama sebenarnya Wan Sabrina Wan Rusli tidak mahu memberi sebarang komen kerana dia menghormati keputusan syarikat pengurusan mereka yang mahu mengeluarkan kenyataan secara rasmi daripada pihak mereka tidak lama lagi.

“Bagi pihak Universal Music, mereka tidak membenarkan kami keluarkan kenyataan lagi kerana mereka akan beri kenyataan.

“Saya pun kena hormat dengan keputusan pihak pengurusan yang tak benarkan saya berikan kenyataan. Lagipun, kami hanya artis dan pihak pengurusan yang membuat segala keputusan,” kata Sabronzo mewakili teman-temannya dalam Dolla.

Katanya lagi, Dolla hanyalah artis dan mereka hanya boleh patuh dengan arahan pihak pengurusan.

“Sebagai artis, kami hanya ikut saja. Sebab tugas kami hanya untuk buat persembahan dan menyanyi… itu saja,” ujar Sabronzo.

Terdahulu, penampilan seksi ahli kumpulan Dolla iaitu Sabronzo, Tabby, Angel dan Syasya di Good Vibes Weekender tersebut menerima kecaman netizen.

Malah ada juga membandingkan pakaian Dolla dengan penyanyi rap wanita dari Korea Selatan yang merupakan ahli kumpulan 2NE1, Lee Chae-rin atau CL yang turut hadir membuat persembahan di festival muzik yang sama.

Sumber: Gempak


September 29, 2022 / by / 0 Comments

No comments:

Post a Comment

Post Top Ad