Pelakon Remy Ishak memaklumkan ibunya, Basrah Md Deris kini
sedang kritikal di Hospital Besar Melaka.
Menerusi ciapan di Twitter pada Khamis, Remy memberitahu
ibunya itu masih dirawat dan memohon orang ramai untuk mendoakan kesejahteraan
ibunya.
"Emak saya sedang kritikal di Hospital besar Melaka. Mohon
jasa baik semua mendoakan untuk emak saya Basrah binti Md Deris," kata
Remy di Twitter.
Perkongsian Remy itu mendapat pelbagai reaksi daripada warganet
dan ramai yang mendoakan semoga emak Remy diberikan kesembuhan dan kembali sihat.
No comments:
Post a Comment