Astro Radio melancarkan Kami Care Helpline, yang disediakan sekarang
kepada rakyat Malaysia yang terjejas, untuk permohonan bantuan menerusi talian
WhatsApp dari kesemua jenama Astro Radio.
Pemohon berpeluang menerima barangan keperluan harian
seperti beras, gula, garam, tepung, biskut, teh, makanan dalam tin dan mi
segera, semasa situasi yang mencabar ini. Kenny Ong, Ketua Pegawai Eksekutif,
Astro Radio, berkata, “Kami berharap Kami Care Helpline membantu lebih ramai
rakyat Malaysia mendapat barangan keperluan harian mereka ketika waktu sukar
ini. Kami berusaha untuk meningkatkan sokongan bantuan dan jangkauan kami
kepada mereka yang memerlukan menerusi kempen ‘Kami Care’ dan berkongsi lebih
maklumat pada masa akan datang.”
Semua rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan boleh membuat
permohonan menerusi WhatsApp pada bila-bila masa, setiap hari melalui talian
Kami Care Helpline di bawah. Pendengar juga boleh menghantar permohonan bagi
pihak orang lain yang memerlukan bantuan.
Permohonan Kami Care Helpline perlu disertakan nama
penerima, nombor telefon, alamat rumah, dan maklumat ringkas mengapa mereka
memerlukan bantuan ini. Mereka yang layak akan dimaklumkan secara langsung dan
penghantarkan barangan keperluan dijalankan setiap hari.
Talian WhatsApp Kami Care Helpline:
Jenama radio Melayu
016 5127777 - ERA
016 2570000 - ERA Sabah
016 3150000 - ERA Sarawak
016 3260000 - SINAR
016 7369999 - GEGAR
016 9175555 - ZAYAN
Jenama radio Cina & Tamil
016 5073333 – MY
016 8718888 - MY Sabah
016 5413333 - MY Sarawak
016 7459999 - MELODY
016 9988889 - GOXUAN
No comments:
Post a Comment