Pengacara dan pelakon Uyaina Arshad telah selamat melahirkan
bayi lelaki pada 8 September 2022.
Khabar gembira itu dikongsikan oleh Uyaina dan suaminya,
Raja Syahiran menerusi Instagram masing-masing.
“Assalamualaikum anakandaku. Penantian dihidangkan dengan
rasa hiba, sayu dan gembira. Pembedahan berlangsung dengan selamat. Syukur
Alhamdulillah.
“Menjelang Maghrib tanggal 8 September 2022, anakandaku
dilahirkan dengan tangisan,” tulis Uyaina di Instagram.
Dalam pada itu, pasangan itu juga menitipkan doa buat anak
mereka agar menjadi insan yang berguna pada masa hadapan.
“Semoga menjadi anak yang soleh, taat pada ibu bapa dan
agama. Menjadi manusia yang baik berakhlak mulia dan seorang pemimpin yang
hebat.
“Baba dan Mama sayang awak sangat-sangat. Minta doa yang
baik-baik daripada kalian semua untuk anak sulung kami. Dan semoga yang
baik-baik berbalik kepada kalian juga,” katanya.
Sekadar info, Uyaina dan Raja Syahiran selamat
diijabkabulkan pada 21 Disember tahun lalu.
No comments:
Post a Comment