Sesi siaran langsung di Instagram (IG Live)
usahawan kosmetik terkenal, Datuk Seri Vida pada malam Isnin mengundang
perhatian warganet apabila beliau memberitahu akan mengumumkan tarikh
perkahwinan bersama bekas pembantu peribadi, Ahmad Iqbal Zulkefli.
Walaupun tidak memberitahu tarikh yang
spesifik, Vida hanya memberitahu akan berkahwin pada bulan Disember tahun ini.
Lebih menguatkan perkara tersebut, Iqbal
turut meninggalkan komen ringkas iaitu ‘Bulan 12’ semasa sesi siaran langsung
tersebut.
Perkara tersebut mendapat pelbagai reaksi
daripada netizen. Rata-rata mereka mengucapkan tahniah dan mendoakan
dipermudahkan segala urusan nanti.
Bagaimanapun, tiada ulasan lanjut daripada
Vida tentang hal tersebut dan dia merakamkan ucapan terima kasih buat semua
atas doa yang baik-baik terhadapnya dan Iqbal.
Sehingga kini, video siaran langsung yang dimuat naik semula oleh Vida itu telah meraih tontonan hampir 200,00 di Instagram.
Terdahulu, Iqbal membuat pendedahan bahawa
dia mahu meminang Datuk Seri Vida dalam masa terdekat ini.
Iqbal turut menegaskan bahawa perasaan cinta tersebut adalah serius dan bukan untuk melariskan produk jualan mereka.
No comments:
Post a Comment