Pelakon Nora Danish mendedahkan dia mengalami
masalah anxiety atau keresahan melampau kerana terlalu banyak berfikir.
Menerusi laporan portal Mstar Online, aktres berusia 40
tahun itu sering berfikir tentang kematian mungkin disebabkan peningkatan
faktor usia.
“Saya memang ada anxiety dan stage fright. Baru-baru saya
dapat rasakan perubahan itu. Mungkin sebab faktor usia sekarang ini membuatkan
saya sentiasa fikir tentang kematian.
“Saya sendiri seorang yang terlalu emosi dan sensitif, jadi
apabila sesuatu perkara terjadi ia menyumbang kepada overthinking.
“Bagaimanapun saya tidak mahu anggap ia sebagai satu yang
negatif, sebaliknya fikir apa yang saya alami ini sebagai satu superpower yang
boleh saya salurkan kepada perkara positif. Dengan cara ini saya akan lebih
menghargai orang sekeliling,” katanya.
Sementara itu, dalam laporan portal UtusanTV, Nora turut
mendedahkan disebabkan sering berfikir tentang kematian, dia jadi takut apabila
menaiki pesawat. Setiap kali dia perlu
menaiki kapal terbang, dia pasti akan menghubungi ibunya untuk berpesan
mengenai harta peribadinya.
“Saya akan buat wasiat dan apa yang patutlah… telefon mak
saya dah beritahu harta saya dekat sini dan semualah. Tapi itulah, lama-lama
saya sendiri kena ‘push’ diri.
“Mungkin sebab Perintah Kawalan Pergerakan yang agak lama
dan tidak boleh ke mana-mana, anxiety jadi semakin sebati dalam diri saya,”
ujar Nora yang bakal muncul dalam filem Kan Cheong yang akan ditayangkan 11
Ogos 2020 di Astro First.
Sumber: mStar Online & UtusanTV
No comments:
Post a Comment